Terma penggunaan
Terma Penggunaan
Dikemas kini 3 Oktober 2026
Terma ini mengawal penggunaan DigitalPasar. Dengan membuka kedai, anda bersetuju dengannya.
Perkhidmatan
DigitalPasar ialah platform untuk penjual di Malaysia dan Singapura menjual produk digital — ebook, kelas online, templat, kunci lesen dan seumpamanya. Kami sediakan kedai online, halaman kedai, checkout, penghantaran automatik dan analitik. Tiada barang fizikal.
Perkhidmatan ini dikendalikan oleh FAEZ MURSHIDI BIN ADNAN (FaezLabs), SSM 202403148374 (003608911-X).
Akaun anda
Anda mesti berumur 18 tahun ke atas dan memberikan maklumat yang benar. Jaga kata laluan anda; apa yang berlaku di bawah akaun anda adalah tanggungjawab anda.
Mendaftarkan perniagaan anda sendiri dengan SSM kekal tanggungjawab anda, seperti mana-mana perniagaan online. Cukai atas pendapatan anda juga urusan anda.
Yuran
Langganan ialah RM25 (S$9 di Singapura) sebulan. Yuran platform ialah 10% setiap jualan. Yuran gateway pembayaran kami yang tanggung.
Di Malaysia, penjual yang bayar bulan pertama sebelum 12 tengah malam, Jumaat 9 Oktober (masuk Sabtu) kekal RM10 sebulan selagi kedai mereka aktif. Penjual baharu selepas itu bayar RM25.
Pelan Pro ialah RM59 (S$19 di Singapura) sebulan, dengan yuran platform 5% setiap jualan. Pro bermula sebaik ia dibayar. Anda boleh kembali ke Basic pada hujung tempoh yang sudah dibayar.
Harga minimum produk ialah RM5 (S$5 di Singapura). Baki dan angka jualan yang anda lihat dalam dashboard sudah ditolak yuran platform.
Bayaran dan payout
Pembeli membayar melalui akaun pembayaran kami. Bahagian anda direkodkan dalam lejar dan menjadi baki anda — hutang kami kepada anda sehingga ia dibayar keluar.
Payout dibuat bila anda minta: wang sampai ke akaun bank anda dalam 48 jam, minimum RM10 (S$10 di Singapura). Tiada yuran payout.
Refund
Apabila sesuatu jualan di-refund, akses pembeli kepada produk itu ditarik dan jualan itu diterbalikkan dalam lejar. Jika bahagian anda sudah dibayar keluar, baki anda boleh jadi negatif dan jualan seterusnya menampungnya.
Pembeli
Pembeli membayar tanpa akaun dan menerima produk melalui email selepas bayaran disahkan. Masalah pembelian boleh dilaporkan melalui borang Bantuan di setiap kedai, dan setiap aduan diakui terima melalui email.
Kandungan dan kedai anda
Anda hanya boleh menjual kandungan yang anda ada hak untuk jual, dan tiada kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia. Kandungan kekal milik anda; anda beri kami kebenaran untuk menyimpan dan memaparkannya bagi menjalankan kedai anda.
Halaman kedai — ditulis oleh kami atau oleh pembantu AI anda — disemak oleh platform sebelum diterbitkan. Kami boleh menurunkan kandungan yang melanggar terma ini atau undang-undang.
Langganan tertunggak
Jika anda simpan kad atau e-wallet untuk bayar automatik, kami caj yuran bulanan padanya hanya bila baki jualan anda tidak cukup, dan paling banyak dua kali bagi setiap bil. Kad itu disimpan oleh HitPay, bukan oleh kami. Anda boleh membuangnya di halaman Bil bila-bila masa.
Jika langganan tidak dibayar selepas tempoh tangguh, kedai anda diturunkan dari talian. Baki anda, payout anda dan link muat turun pembeli sedia ada tidak disentuh — itu bukan hak kami untuk tahan.
Penamatan
Anda boleh berhenti bila-bila masa. Baki yang belum dibayar kekal boleh diminta seperti biasa.
Kami boleh menggantung atau menutup akaun yang melanggar terma ini. Baki yang sah tetap dibayar.
Had tanggungan
Perkhidmatan disediakan seadanya. Setakat yang dibenarkan undang-undang Malaysia, kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung. Tiada apa dalam terma ini mengetepikan hak yang tidak boleh diketepikan di bawah undang-undang Malaysia, termasuk Akta Pelindungan Pengguna 1999.
Undang-undang dan perubahan
Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Jika terma berubah, kami kemas kini halaman ini dan tarikh di atas; perubahan besar dimaklumkan kepada penjual melalui email. Terus menggunakan perkhidmatan selepas itu bermakna anda terima terma baharu.