MCP · Claude Code

Kedai anda, dalam alat AI anda.

Sambungkan pembantu AI anda ke kedai dengan satu baris. Ia boleh baca produk anda, tulis halaman kedai, semak angka pelawat dan terbitkan — dan setiap halaman disemak oleh server kami sebelum disiarkan.

Percuma dari pihak kami — pembantu anda guna token AI anda sendiri.

claude mcp add --transport http digitalpasar https://www.digitalpasar.xyz/api/mcp --header "Authorization: Bearer dp_live_..."

Ganti dp_live_... dengan kunci anda dari Settings.

Tiga langkah

  1. Cipta kunci

    Dalam dashboard, bawah Settings. Kunci ditunjukkan sekali sahaja — salin terus.

  2. Salin satu baris ini

    Tampal dalam terminal anda. Claude Code sambung terus — tiada apa perlu dipasang.

  3. Suruh pembantu anda

    “Tulis halaman kedai saya.” “Kenapa pelawat tak beli?” “Tukar tajuk halaman.” Ia nampak apa yang anda nampak.

Apa yang pembantu anda boleh buat

Lapan tools, semuanya disemak oleh platform.

  • dp_get_template_contractBaca peraturan halaman yang terkini
  • dp_get_storeBaca nama, tagline dan bahasa kedai anda
  • dp_list_productsBaca produk, harga dan stok semasa
  • dp_get_analyticsBaca pelawat, checkout dan jualan — tanpa data pembeli
  • dp_get_pageBaca halaman semasa, dengan suntingan anda sekali
  • dp_validate_pageSemak halaman sebelum terbit
  • dp_preview_pagePratonton dengan produk sebenar anda
  • dp_publish_pageSimpan halaman ke kedai anda

Agent skills — percuma

Ajar pembantu anda ilmu jual produk digital.

Satu skill ialah satu fail yang pembantu AI anda boleh baca — pasang sekali, ia tahu selamanya. Tiga skill kami, percuma untuk sesiapa, kedai DigitalPasar atau tidak.

Pasang ketiga-tiga dengan satu baris:

npx skills add faezmurshidi/digitalpasar-skills

Sempadan yang kami jaga

Pembantu anda tulis. Platform yang semak.

Setiap halaman disemak di server

Halaman yang gagal peraturan ditolak masa terbit, walau apa pun pembantu anda kata sebelum itu.

Kunci tak nampak pembeli anda

Email dan pesanan pembeli tiada dalam skop kunci. Menulis halaman bukan sebab untuk baca data pembeli.

Split test anda dilindungi

Perubahan yang rosakkan ujian A/B yang sedang berjalan ditolak, melainkan anda benarkan.

Kunci anda menunggu dalam Settings.

Sudah ada kedai? Cipta kunci dan sambung malam ini. Belum ada? Buka kedai dulu.