Notis privasi

Notis Privasi

Dikemas kini 3 Oktober 2026

Ringkas dan jujur: apa yang kami simpan, kenapa kami simpan, dan apa yang kami tidak buat dengan data anda.

Siapa kami

DigitalPasar dikendalikan oleh FAEZ MURSHIDI BIN ADNAN (FaezLabs), SSM 202403148374 (003608911-X), sebuah perniagaan berdaftar di Malaysia. Notis ini menerangkan cara kami mengendalikan data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

Sebarang soalan tentang notis ini: email orders@digitalpasar.xyz, atau borang Bantuan yang ada di setiap halaman kami.

Data yang kami kumpul

Penjual: alamat email dan kata laluan anda (disimpan sebagai hash, bukan teks biasa), nama perniagaan dan kedai, jawapan anda tentang perniagaan, logo dan gambar yang anda muat naik, serta butiran bank untuk payout.

Pembeli: nama, alamat email, pesanan dan kaedah pembayaran — apa yang perlu untuk menghantar produk dan menyimpan rekod jualan. Butiran bank pembeli diminta hanya jika refund perlu dipindahkan terus ke akaun mereka, dan diguna untuk itu sahaja.

Aduan: apa yang anda tulis dalam borang Bantuan, disimpan supaya kami boleh menjawabnya.

Senarai menunggu Singapura: alamat email anda, dan apa yang anda jual jika anda isi. Kami guna untuk satu perkara: memberitahu anda sekali bila kedai Singapura dibuka.

Log masuk dengan Google

Jika anda pilih log masuk dengan Google, kami terima nama, alamat email dan gambar profil anda daripada Google. Kami guna maklumat ini untuk satu perkara sahaja: membuka dan melog masuk akaun DigitalPasar anda.

Kami tidak minta akses lain, tidak membaca data lain dalam akaun Google anda, dan tidak menulis apa-apa ke akaun Google anda.

Cookies dan analitik

Di laman kami sendiri: sesi log masuk anda, pengecam pelawat tanpa nama, dan link kempen yang penjual cipta.

Pada halaman utama, kami rekod sejauh mana anda skrol dan butang yang anda tekan. Pada skrin daftar dan persediaan kedai, kami rekod cara anda bergerak: ruangan yang anda buka, sama ada ia diisi, butang yang anda tekan, bila anda keluar, dan jenis peranti (telefon, komputer atau pelayar dalam app). Kami tidak rekod apa yang anda taip. Tujuannya satu: cari bahagian yang mengelirukan dan betulkannya.

Halaman pemasaran dan skrin akaun kami juga memuatkan pixel Meta (Facebook). Ia menetapkan cookie Meta supaya kami tahu iklan mana yang membawa penjual baharu. Ia berjalan pada halaman kami sahaja.

Bila anda daftar, isi butiran kedai, tekan bayar dan selesai membayar, pelayan kami beritahu Meta. Kami hantar email dan ID akaun anda dalam bentuk hash, bersama alamat IP dan jenis pelayar anda. Alamat IP dan pelayar semasa anda tekan bayar disimpan sehingga bayaran dilaporkan, paling lama 30 hari.

Pixel Meta kami tidak pernah dimuatkan di kedai penjual. Pembeli penjual bukan milik kami untuk diukur.

Penjual boleh sambungkan pixel Meta mereka sendiri ke kedai mereka. Tanpa sambungan itu, kedai tersebut tiada pixel, tiada cookie iklan dan tiada penjejakan iklan.

Bila penjual menyambungkannya, kedai itu memuatkan imej pixel Meta dan menetapkan cookie Meta (_fbp, dan _fbc bila anda tiba dari iklan) selama 90 hari.

Bila anda buka kedai itu, tekan beli dan selesai membayar, server kami juga beritahu dataset Meta milik penjual itu. Kami hantar email anda dalam bentuk hash, alamat IP, jenis pelayar, cookie Meta, serta produk dan harga yang dibeli.

Data ini pergi ke dataset penjual kedai itu sahaja, untuk mengukur iklan mereka. Ia tidak pernah dihantar ke dataset kami atau kedai lain. Alamat IP dan pelayar semasa checkout disimpan sehingga pembelian dilaporkan, paling lama 3 hari.

Analitik kedai mengira pelawat, checkout dan jualan untuk penjual kedai itu. Daripada halaman yang merujuk pelawat, kami simpan nama host sahaja — bukan URL penuh.

Pemproses yang kami guna

Platform ini berjalan di atas penyedia berikut, yang memproses data bagi pihak kami: Supabase (pangkalan data dan log masuk), Vercel (hosting, dan analitik laman kami sendiri), HitPay (pembayaran), Resend (email), Anthropic dan trigger.dev (penulisan halaman kedai), TypeSafe (semakan senarai produk dan halaman kedai, pengisihan mesej sokongan, dan harga semakan reka bentuk), Cloudflare (simpanan gambar, video dan fail produk), Meta (pengukuran iklan), dan BetterPicture (Gambar & video).

Bila anda buat gambar atau klip dalam Gambar & video, kami hantar satu gambar yang kedai anda sudah ada, serta nama dan penerangan kedai dan produk anda, kepada BetterPicture. BetterPicture menjalankan model melalui Replicate — model daripada Black Forest Labs, Google, Kuaishou dan ByteDance — dan menyimpan hasilnya di Cloudflare. Hasilnya kami salin ke Media kedai anda. BetterPicture memadam hasil itu, serta nama dan penerangan yang kami hantar, dalam masa lapan hari. Salinan dalam Media kedai anda kekal sehingga anda memadamnya.

Sebahagian pemproses ini beroperasi di luar Malaysia — terutamanya Singapura, tempat pangkalan data kami berada. Kami hantar hanya apa yang perlu untuk setiap tugas.

Nombor kad dan butiran pembayaran pembeli dikendalikan oleh HitPay dan tidak pernah melalui server kami.

Apa yang kami tidak buat

Kami tidak jual data anda dan tidak siarkan iklan.

Data pembeli sebuah kedai tidak diberikan kepada kedai lain. Kunci API untuk penulisan halaman langsung tidak membawa email pembeli.

Berapa lama kami simpan

Rekod pesanan dan lejar disimpan selama tempoh yang undang-undang cukai dan perakaunan perlukan. Aduan disimpan tiga tahun. Senarai menunggu dipadam selepas kami beritahu anda, atau lebih awal jika anda minta. Data analitik mentah dipadam selepas lebih kurang 90 hari; hanya jumlah harian kekal.

Hak anda

Di bawah PDPA anda berhak akses dan membetulkan data peribadi anda. Hantar permintaan melalui borang Bantuan atau email kami.

Anda boleh tutup akaun bila-bila masa. Baki yang belum dibayar kekal milik anda dan tetap boleh diminta.

Perubahan pada notis ini

Jika notis ini berubah, kami kemas kini halaman ini dan tarikh di atas. Perubahan besar dimaklumkan kepada penjual melalui email.